Monday, 18 January 2016

Politik Di Tempat Kerja..

Heyya all. Dah 3 hari i masuk kerja after mc selama sebulan. Siksanya lahai nak duduk and bangun tapi demi mencari sesuap nasi, ku paksakan jua. Gitew. Okaylah selama sebulan duk kat umah, i lupa la sikit-sikit pasal kerja tapi i still buat kerja from home. So bila dah masuk opis ni, buat i terjebak balik dalam office politics. Benda yang paling i meluat dan menyampah.

U all pon mesti pernah melalui benda ni kan. I rasa kerja la kat mana-mana pun, takkan terlepas dari propaganda di tempat kerja. Macam-macam perangai orang ada. Jom kita describe sikit jenis-jenis orang yang ada di sekeliling kita.

Tukang Kipas
Kaki mengampu a.k.a tukang kipas. But now dorang ni semua dah upgrade jadi tukang aircond. Lagi laju dia mengipas, lagi sejuk la boss. Walhal, kebanyakan orang yang kuat mengampu ni bukan buat kerja pun. Ada jugak yang tak reti pon buat kerja dia. But they can survive with mengampu boss. Boss kita kan, kalau dia jenis tak mudah terpengaruh pun, tapi kalau dah hari-hari kena kipas, lama-lama dia buy in jugak. So tukang kipas ni akan jadi antara orang penting di syarikat. Bukan sebab capability dia, but sebab kepetahan dia bercakap dan convince orang, terutamanya boss.

Tukang Report.
Yang ni pon problem jugak. Tahap boleh menutup periuk nasik orang. Ada je issue sikit pasal orang lain, dia lah yang paling laju mereport. Slalunya orang macamni kita panggil CNN bergerak ke, or Berita Harian ke, Metro ke, Kosmo ke.. Kan? Kan? Bab kerja orang lain pantang ade silap sikit, perghh laju dia report kat boss. Tapi bila dia buat salah, kemain diam-diam dia duduk. Ada pulak yang menyalahkan orang lain to save their butt. Kalau benda tu tak betul, and boss plak dengar one side of story, kesian orang yang jadi mangsa. Tukang mereport ni ada power yang boleh buatkan korang dibuang kerja okay.

Tukang Karut. 
Tukang karut ni ala-ala macam pengampu la jugak. Tapi dia akan mengampu boss dengan cerita-cerita yang dibuat-buat demi menjatuhkan orang. Macam-macam lah orang ni capable untuk mereka-reka cerita supaya mangsa akan kelihatan buruk dan tidak dipercayai oleh boss dan management. Dia ada mission dia, untuk meletakkan diri sebagai orang kuat boss. Apa dia cakap boss percaya je tanpa usul periksa. Orang macamni selalunya perwatakan dia soft spoken ala-ala baik camtu. Nampak macam baik, alim, tapi hati busuk nauzubillah.

Tukang Jilat Bontot
Tukang jilat bontot ni macam yes man la. Belakang pum pang pum pang cakap pasal ketidakpuasan hati dia. Tapi bila depan boss, boss cakap apa semua betul. Semua okay. Macam burung kakak tua mengajuk percakapan orang. Boss cakap apa, dia ulang balik cakap jugak. Nampak la dia sefahaman dengan boss or management. Yang ni memang pandai berlakon. Pijak semut pun semut tak mati. Pengecut. Takde pendirian. Nak tunjuk bagus depan boss. Pastu mengadu domba la cakap orang ni tak setuju, orang tu tak setuju, dia jer setuju dengan cakap boss. Depan kita cakap pasal boss, depan boss cakap pasal kita. Ishh.. Kotornya hati dia.

Tukang Hasut
Tukang hasut ni kerja dia menghasut boss atau orang penting di syarikat. Selalunya dia hasut orang-orang yang menjadi kesayangan syarikat atau yang mempunyai talent or skill yang tinggi. Maybe tukang hasut ni rasa tercabar kot and nak kekalkan kedudukan dia di pejabat. Tukang hasut ni jahat u all. Busuk hati tahap ke-17. Hahaha. Pandai create citer and pandai jadi talam dua muka. Selalunya dia ni nampak baik. And ada kepetahan bercakap.

Tukang Sorak
Tukang sorak ni selalunya diam-diam je u all. Tapi kalau orang lain kena hentam dengan boss, kemain dorang bertepuk tangan. Pastu cerita tu dijaja supaya semua orang tau. Tapi sebelum bersorak tu, dia akan jumpa u all dulu. Tanya dulu kenapa? Apa sebab kena hentam segala. So bila info dah cukup, dia akan spill the story. Gitew.

Macam-macam la perangai orang kat pejabat atau tempat kerja ni kan. I sendiri memang menyampah dan meluat dengan office politics ni. I tak suka nak involve and selalunya akan buat hal sendiri jer. Lantak la apa orang nak cakap. I percaya Allah itu Maha mengetahui segala sesuatu. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kita ye. Amiin amiin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment