Perghhh ape ke scary nau entry i kali ni. Hahaha. Takdelah, sebenarnya baru je abis layan recorded movie kat tv. Selama 20 hari mc ni da berpuluh movie aku layan. Yelah bosan kan duduk kat rumah. So malam ni aku layan satu movie melayu tajuknya "Cara Mengundang Hantu". Yang aku kenal berlakon dalam movie tu Imuda, Ruminah Sidek and Allahyarham Mariani je. Yang lain semua tak kenal. Pelakon biasa-biasa je. Budget murah kot.
Okay aku nak citer sikit la pasal apa yang aku tengok tadi. Terpulanglah u all nak baca ke tak, masing-masing ada pendapat sendiri pasal hantu ni. Ade yang percaya ada pulak yang tak. Aku? Hurmm kalau tak percaya kang dia datang pulak. So aku percaya lah.. Hahahaha..
Okay dalam movie ni ade 4 short story yang boleh mengundang hantu katanya. So jom i citer sikit eh.
Terkacau Pokok Pisang
Dalam citer ni, Rizal tu terletak parang kat pokok pisang. Pastu dia kena kacau dengan pompuan jadian muka macam wife dia sedangkan wife dia pegi kelas menjahit. Dari tengahari jadian pokok pisang tu dengan Rizal. Malam wife dia balik dari kelas menjahit baru Rizal sedar. Gitew.
Okay aku memang pernah dengar pasal pokok pisang ni keras sikit. Kata orang tua-tua, pokok pisang (yang serumpun) tempat tinggal kesukaan bagi ponti and pocong. Selain tu, antara pokok lain yang orang kata berhantu adalah pokok ara, pokok beringin, pokok sukun, pokok kekabu, pokok ciku, pokok saga, pokok asam jawa, pokok buluh, pokok bacang dan pokok nangka.Elakkan berteduh atau bermain di waktu senja dekat pokok-pokok ni. Sebab kata orang tua-tua, time tu lah mereka berkeliaran di pokok sampai la ke subuh. Wallahulam.
Menderhaka Pada Orang Tua
Citer tentang Ruminah Sidek pulak. Anak dia curi duit haji dia. Pastu bertengkar. Pastu anak dia halau Ruminah Sidek keluar dari rumah. Sepanjang cerita ni Ruminah Sidek berkeliaran la kat luar. Last-last rupanya dia dah mati lama. So hantu dia lah merayau. Sampai anak dia accident. So anak dia mati sebab hantu mak dia kacau Imuda.
Dalam kisah ni, jangan kencing merata-rata. Terutamanya lelaki. Imuda tu suka kencing merata tepi jalan tak minta izin. Ruminah Sidek yang hantu tu marah cakap kurang ajar. Tu tempat dia. Awas ye kalau lelaki-lelaki tu nak kencing. Pegi cari public toilet kat Petrol Station. Free je pun!
Tak Berperikemanusiaan
Haa yang ni pelakon cina. Mak ngan anak dia. Anak dia model. Terlanggar sorang perempuan melintas jalan sambil pegang payung. Dia tak bagitau sesapa dia langgar lari perempuan tu. So mak dia asyik kena kacau je. Ada orang ketuk pintu, bukak pintu ada payung berlumuran darah. Kerusi asyik beralih, tv on sendiri. Last-last anak dia pun kena kacau baru dia bagitau mak dia.
Mak dia ade pesan masa scene anak dia tak cuci mekap terus tido. Mak dia kata, kalau tido dengan mekap, nanti benda kotor ganggu. Aku tak sure ni memang kata-kata orang tua ke? Aku ni selalu tido tak cuci mekap. 1st time aku tau pasal benda ni. And satu lagi, sentiasalah masuk rumah dengan kaki kanan. Kalau masuk kaki kiri, hantu pun ikut masuk.
Tidak Mempercayai Alam Ghaib
Haa yang ni sebenarnya aku lupa tajuk dia. Hahaha. Tapi citer pasal 3 orang perempuan yang tinggal serumah. Multi-cultural. Sorang melayu nama Puteri Susan, sorang cina nama Elaine and sorang India nama Suti. Puteri tu selalu cakap kat housemate dia jangan menyanyi atau menari dalam rumah tengah-tengah malam. Tapi Suti dan Elaine ni tak percaya. Selalu gelakkan Puteri. Rumah yang dorang duduk tu ada kes bunuh diri. Dulu ada tukang cuci India dengan anak dia kerja situ. Anak dia nak sangat masuk Universiti jadi doctor sebab nak bantu mak dia. Tapi walaupun STPM dapat 4A, dia tak diterima masuk. So dia pun terjun lah dari apartment tempat dia dengan mak dia kerja tu. Mak dia pulak, bila anak dia bunuh diri, dia pun bunuh diri dengan mengelar leher dia sendiri. Mati jugak walaupun ade beberapa titik je darah kat pisau. Huhuhu..
Then, kisah ni ada bagitau, kalau tengah malam jangan tapau makanan yang berunsurkan daging. Nanti hantu ikut balik rumah. Suti yang cakap, so maybe kata orang tua-tua kaum India kot.
So, aku nak share jugaklah antara kata-katan orang tua pasal benda-benda yang tak elok dibuat yang boleh mengundang hantu. Rasionalnya, tak tau lah. Mungkin ada sebab kot orang tua cakap camni. Maybe nak takutkan anak-anak je dulu :
Tidak Boleh Terkena Hujan Panas, Nanti ‘Keteguran’ atau ‘Tersampuk’
Kata orang-orang tua, setiap datang hujan panas, ada hantu yang berkeliaran.Hujan panas seringkali turun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Seringkali hujan akan turun tiba-tiba di saat cuaca panas terik yang menggigit. Menurut kepercayaan orang tua-tua, hujan panas yang turun membawa alamat bahawa suatu perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Tapi aku ade kisah dekat opis aku. Putrajaya kan, keliling tasik. Opis aku betul-betul di core island. So ramai kawan opis aku cakap, setiap kali buat rondaan masa hujan renyai waktu senja, mesti nampak satu family ni duk bertenggek atas pagar. Kalo tak hujan renyai, takde.
Jangan Main Spirit of The Coins
Hahaha. Ni banyak aku tengok movie kalau main je sah-sah mengundang hantu. Dulu kat sekolah ada kawan aku kata pernah main. Tatau lah ye ke tak. Sebab aku takde pun kat tempat kejadian. Aku ingat lagi, masa kat umah di JB, aku layan dvd movie ni lah. Masa tu 5,6 tahun lepas. Movie Thailand kalo tak salah. Aku tengok sorang-sorang lewat malam sebab mak and adik aku da tido. Habis je movie, aku pun pergila masuk bilik and tekan suis nak on lampu. Lampu tak menyala oii. Terus aku menjerit pegi bilik mak aku. So, jangan kata main, tengok movie dia pun aku tanak dah.
So percaya ke tidak? Dalam Islam, hantu seperti mana yang dipercayai oleh kita tu sama sekali tak wujud. Sebaliknya, daripada al-Qur'an dan al-Sunnah didapati apa yang diperkatakan oleh kita tu takde kena mengena langsung dengan roh orang mati sebaliknya ia adalah Iblis, jin dan syaitan. Malah, mempercayai kewujudan Iblis, jin dan syaitan termasuk dalam rukun Iman yang wajib diimani. Ini kerana kewujudan Iblis, jin dan syaitan disebut secara jelas di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah walaupun manusia tidak dapat melihatnya. Ini bermakna mempercayai kewujudan kedua-duanya termasuk dalam beriman kepada Allah, Kitab dan Rasul. Firman Allah SWT dalam surah al-Zariyat ayat 56: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.
No comments:
Post a Comment